Ads
Kelayakan Piala Asia B-20: Filipina ‘Bedil’ Brunei 4-0
Asia
FA Thailand

Skuad Filipina Bawah 20 Tahun (B-20) menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan kemenangan apabila menewaskan negara serantau, Brunei.

Advertisements

Dengan kedua-dua pasukan sudah tersingkir daripada saingan kelayakan Kumpulan H, kemenangan kini menjadi fokus buat Brunei dan Filipina.

Advertisements

Sebaik separuh masa pertama bermula, skuad muda Filipina yang dibimbing Josep Ferre berusaha mencari gol pendahuluan.

Advertisements
Advertisements

Gol awal yang dicari mereka muncul seawal keempat menerusi penyerang akademi D.C United, Otu Abang Banatao. Banatao pantas menanduk bola melepasi penjaga gol Brunei, Waie Haziq Mohd Wardun.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada Filipina untuk memburu gol tambahan. Keadaan ini memaksa barisan pertahanan Brunei diketuai Irfan Abdullah Ikhwan Chin berusaha menyekat serangan mereka.

Advertisements

Usaha keras pertahanan Brunei memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Filipina terus meningkatkan asakan untuk menambah kelebihan gol yang dimiliki mereka.

Cyrelle Saut menjadikan kedudukan 2-0 buat Filipina menerusi gol pada minit ke-50. Brunei makin derita apabila sepakan jarak jauh Ekberg Bacchus menerjah jaring dua minit selepas itu.

Brunei yang dibimbing Aminuddin Jumat kemudiannya memasukkan Ak Mohd Dzul Ikram Pg Hj Md Yussof untuk menggantikan Waie Haziq.

Kemasukan Dzul Ikram gagal menghalang Filipina daripada menyumbat gol keempat pada minit ke-92 menerusi Rodrigo Marinas. Keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Filipina sah menduduki tempat ketiga Kumpulan H selepas meraih satu kemenangan dan dua kekalahan.

Advertisements

Kini, tumpuan bakal beralih kepada satu lagi aksi kumpulan antara Thailand dan Iraq. Kedua-dua pasukan mengintai slot kelayakan automatik ke Piala Asia B-20 2025 sebagai juara Kumpulan E.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram