Advertisement
Kelayakan Piala Asia B-20: Giliran Thailand Hukum Brunei 13-0
Asia
MakanBola
Changsuek

Perlawanan malam ini menyaksikan skuad muda Thailand menghukum Brunei bagi aksi kedua saingan kelayakan Piala Asia B-20 peringkat kumpulan H.

Skuad sang Gajah ketika ini memburu kemenangan kedua kumpulan selepas berjaya menumpaskan Filipina dalam perlawanan sebelum ini.

Sementara skuad muda Brunei turun dengan misi mencipta kemenangan pertama bagi aksi kelayakan selepas tewas besar ke atas Iraq.

Skuad muda Thailand terus pamer aksi luar biasa apabila berjaya mendahului Brunei dalam separuh masa pertama dengan keputusan 7-0.

Enam jaringan dihasilkan oleh barisan pemain, Siddanai Phosri (1), Clan Ryan (9,10), Phongsakon Sangkhosopha (36), Thanawut Phochai (37), Thankon Sawongsuk (41) dan jaringan sendiri oleh pemain Brunei, Wafiq Danish pada minit ke-43 permainan.

Separuh masa kedua bermula, skuad muda Thailand tidak beri belas kasihan apabila berjaya meledak 6 gol tambahan. 

Ketika ini, Thailand dan Iraq berkongsi enam mata di tangga pertama dan kedua sementara Filipina dan Brunei di tangga ke tiga dan keempat tanpa sebarang mata. 

Selepas ini, skuad muda Thailand akan berdepan Iraq bagi penentuan juara kumpulan dan Brunei bertemu Filipina pada pada 29 September ini.