Kelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Bedil Oman
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Aksi pemukaan Kelayakan Piala Asia B-20 menyaksikan Malaysia berjaya menundukkan cabaran Oman.

Skuad kendalian Juan Torres Garrido turun dengan motivasi terbaik dengan beberapa watak penting seperti Haziq Aiman, Haykal Danish, Moses Raj dan juga kapten, Haris Safwan dalam kesebelasan utama.

Ad
Sponsors

Oman pula membariskan tunjang utama antaranya Abdullah Al-Jabri, Said Ghasib, Abdul Aziz dan Ghassan untuk bertemu skuad muda negara.

Ad

Pertembungan babak pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berukar serangan balas pantas.

Skuad muda negara bagaimanapun lebih gah apabila selesa mengawal bola dan menyerap tekanan oleh bahagian tengah Oman.

Ad

Pertahanan tengah negara, Moses Raj bijak memanfaatkan peluang apabila menolak masuk bola unuk meletakkan Malaysia B-19 di hadapan pada minit ke-30.

Ad

Aksi babak pertama tamat 1-0 memihak Malaysia.

Ad

Bersambung babak kedua, Malaysia terus merencana gerakan cantik dan memaksa Oman lebih banyak melakukan larias balas pantas.

Tonggak penting Malaysia B-19, Haykal Danish bijak melakukan larian pantas untuk memasuki kawasan penalti sebelum dibentes oleh pertahanan lawan.

Beliau tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menewaskan Abdullah Al-Jabri pada minit ke-66.

Oman bagaimanapun berjaya menjaringkan satu gol juga menerusi sepakan penalti pada akhir babak permainan.

Tambahan masa 7 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi seterusnya menyaksikan Malaysia B-19 akan bertemu DPR Korea pada 23 September 2024.