Malaysia berjaya meraih mata penting berdepan Korea DPR bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-20.
Skuad kendalian Juan Torres melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dalam misi mengekalkan momentum kemenangan.
Asakan awal pasukan muda negara hampir mengejutkan lawan yang dibimbing oleh Chol Jon yang turut memiliki momentum terbaik.
Pertahanan kedua-dua pasukan bijak untuk mengekang asakan sekaligus menamatkan babak pertama tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, Malaysia B-19 cuba mengatur gerak untuk mendapatkan jaringan pembukaan namun terikat memasuki 30 minit aksi berlangsung.
Detik terbaik hadir menerusi gerakan dari sisi padang namun Haykal Danish terlepas peluang keemasan.
DPR Korea sesekali hadir untuk menguji gawang gol yang dikawal oleh penjaga gol muda negara, Haziq Aiman.
Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul 4 mata selepas dua perlawanan dengan Malaysia B-19 bakal berdepan tuan rumah, Tajikistan bagi aksi berikutnya.