Kelayakan Piala Asia B-20: Senarai 23 Pemain Ketuai Cabaran Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Pengendali skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido telah memanggil 23 pemain untuk kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025.

Daripada 23 pemain yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), 16 daripadanya mewakili dua pasukan gergasi negara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC.

Ad

Haziq Aiman Mohd Esa mengetuai kontinjen lapan pemain Harimau Selatan. Manakala Selangor pula memiliki lapan pemain diketuai Aiman Hakimi Othman.

Ad

Akademi Mokhtar Dahari (AMD) memiliki tiga wakil iaitu Faez Iqhwan Muhamad Azmi, Irfan Aswad Roslan dan Afiq Hakimi Mahat.

Manakala Muhammad Abu Khalil, Jenalter Justin, Moses Raj a/l Michel Dass dan Danial Mohd Nor masing-masing mewakili FC Osaka, Sabah FC, Perak FC dan Terengganu FC.

Ad

Menariknya, skuad Malaysia B-19 memiliki tiga penjaring terbanyak Piala Presiden 2024. Tiga peledak tersebut ialah Dainei Mat Disa, Naim Zainudin dan Jenalter.

Ad

Ketiga-tiganya masing-masing meledakkan 10 dan sembilan gol bersama Selangor, JDT III dan Sabah. Bisa Dainei, Naim dan Jenalter dijangka ditagih Garrido untuk merobek gawang pihak lawan.

Ad

Skuad muda Malaysia sudah berangkat ke Dushanbe, Tajikistan bagi membantu pasukan itu bersedia menghadapi lawan kelayakan dari Kumpulan E.

Skuad negara bakal berdepan Oman pada 21 September. Ini disusuli Korea Utara dan Tajikistan pada 23 dan 27 September.

Sri Lanka menjadi lawan terakhir skuad negara dalam Kumpulan E pada 29 September. Kesemua perlawanan Kumpulan E akan berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe.

10 juara kumpulan dan lima pasukan tempat kedua terbaik bakal layak ke Piala Asia B-20 2025 yang diadakan di China.