Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Bantai Taiwan 9-0
Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Skuad B-23 Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan bergaya apabila membelasah Taiwan 9-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Manahan, Surakarta hari ini.

Hadir sebagai naib juara Piala AFF B-23 2023, Timnas Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong tampil garang pada babak pertama.

Pemain tengah KMSK Deinze, Marselino Ferdinan membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ketiga. Empat minit kemudian, Ramadhan Sananta pula mencipta nama sebagai penjaring selepas menerima hantaran Rafael Struick.

Advertisements

Pemain warisan Indonesia itu kemudiannya menambah derita pelawat menerusi gol ketiga pada minit ke-20. Witan Sulaeman kemudiannya menjaringkan gol keempat 10 minit selepas itu.

Dominasi tuan rumah ke atas Taiwan terus diperkukuh dengan gol kelima yang disumbat Ilham Rio Fahmi. Keputusan 5-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Tim Garuda terus menceriakan penyokong mereka apabila Elkan Baggott menyumbat gol keenam pada minit ke-56. Dua minit kemudian, Ferdinan menyumbat gol kedua peribadinya menerusi rembatan dalam kotak penalti.

Taiwan terus longlai apabila Hokky Caraka menyumbat gol kelapan pada minit ke-78. Itu juga gol pertamanya bersama skuad B-23 Indonesia.

Advertisements

Bek kanan Tokyo Verdy, Pratama Arhan melengkapkan malam gemilang Tim Garuda dengan gol kesembilan pada minit ke-86.

Keputusan 9-0 ini meletakkan Indonesia dalam kedudukan dominan sebagai pendahulu Kumpulan K. Begitupun, Turkmenistan dijangka muncul sebagai penghalang dalam aksi terakhir kumpulan pada 12 September ini.

Advertisements

Justeru, anak-anak buah Tae-yong perlu tampil garang pada hari itu bagi mengesahkan kemaraan sebagai juara kumpulan.

16 pasukan terbaik terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan, empat naib juara kumpulan terbaik dan tuan rumah Qatar akan layak untuk beraksi di pentas Piala Asia B-23 2024 tahun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram