AFF U23: Vietnam Rangkul Gelaran Juara Tewaskan Indonesia
Piala AFF
VFF
Advertisements

Vietnam secara sah bergelar juara Piala AFF B23 2023 selepas menewaskan Indonesia pada aksi final yang berlangsung di Stadium Provincial, Rayong Thailand.

Babak pertama perlawanan tamat dengan tiada jaringan yang terhasil. Vietnam bagaimanapun memiliki peluang terhidang untuk menjaringkan gol setelah pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Vietnam.

Hasrat Vietnam meledak digagalkan penjaga gol Indonesia, Ernando Adi yang berjaya menepis keluar sepakan penalti yang diambil Nguyen Quoc Viet.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Vietnam 0-0 Indonesia.

Babak kedua permainan bermula dengan dua pertukaran dilakukan pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dengan memasukkan penyerang berbisa Ramadhan Sananta dan Jeam Sroyer.

Kedua-dua pasukan saling mengasak mencari gol pertama perlawanan. Vietnam yang hadir menerusi serangan-serangan pantas beberapa kali berjaya melepaskan percubaan tepat.

Advertisements

Namun ketangkasan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari terus menggagalkan hasrat pasukan Vietnam.

Pada minit ke-76 permainan, Ramadhan Sananta mencemaskan penyokong Vietnam apabila sepakan percuma yang diambilnya sedikit sahaja lagi menerjah jaring. Bagaimanapun palang menjadi penghalang kepada rembatan kencang Ramadhan Sananta.

Hingga minit ke-90 permainan, perlawanan masih terikat tanpa jaringan dan aksi dilanjutkan ke masa tambahan. Di babak masa tambahan, keputusan tetap sama dan tiada jaringan dihasilkan mana-mana pasukan.

Advertisements

Sepakan penalti yang menjadi penentu kejuaraan kejohanan ini memihak kepada pasukan Vietnam. Vietnam menang sepakan penalti, 6-5 sekaligus mengekalkan status juara kejohanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram