Kelayakan Piala Asia U23: Indonesia Mara Ke Piala Asia, Tewaskan Turkmenistan
Asia Tenggara
Timnas Indonesia
Advertisements

Skuad B-23 Indonesia berjaya layak ke Piala Asia B-23 2024 sebagai juara Kumpulan K selepas menewaskan Turkmenistan hari ini.

Selepas mengalahkan Taiwan 9-0 beberapa hari lepas, Indonesia berpeluang cerah ke Piala Asia B-23 2024 dengan syarat mereka perlu mengatasi cabaran Turkmenistan.

Tuan rumah yang beraksi di Stadium Manahan, Surakarta mendapat sokongan padu penyokong termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bergelut mencari peluang menjaringkan gol. Peluang terbaik Indonesia hadir menerusi Rafael Struick pada minit ke-30 tetapi berjaya dikeluarkan pertahanan Karakum Warriors.

Anak-anak buah Shin Tae-yong akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-41. Pemain warisan Indonesia, Ivar Jenner melepaskan rembatan jarak jauh menewaskan penjaga gol Turkmenistan, Ahallyyev Rustem.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah berusaha melebarkan kelebihan mereka. Struick sekali lagi tidak bernasib baik apabila percubaannya pada minit ke-69 ditepis Rustem.

Advertisements

Menyedari pasukannya memerlukan lebih bisa di bahagian serangan, Tae-yong memasukkan Witan Sulaeman dan Ramadhan Sananta menggantikan Hokky Carakka dan Marselino Ferdinan.

Akhirnya, gol yang dicari-cari mereka hadir pada minit ke-92. Bek kanan Tokyo Verdy, Pratama Arhan menyudahkan hantaran Rayhan Hanan bagi menjamin kemaraan Indonesia.

Indonesia mengikut jejak Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Korea Selatan yang layak secara merit ke kejohanan itu pada tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram