Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan Pintas Kedudukan Malaysia
Asia
Azri/MakanBola
Advertisements

Malaysia kini memiliki motivasi untuk mendapatkan keputusan positif ke atas Oman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada awal pagi esok.

Ini kerana berdasarkan kedudukan terkini dalam Kumpulan D, Kyrgyzstan memintas Harimau Malaya sebagai pendahulu kumpulan.

Ini selepas pasukan itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Taiwan dalam aksi ketiga kumpulan di Stadium Bola Sepak Nanzih, Kaoshiung.

Advertisements

Kejayaan yang diraih anak buah Stefan Tarkovic membolehkan mereka mengumpul enam mata daripada tiga mata.

Meskipun Malaysia dan Kyrgyzstan berkongsi mata yang sama, The White Falcons mengetuai Kumpulan D kerana memiliki kelebihan perbezaan jaringan.

Advertisements

Selepas tiga perlawanan, Kyrgyzstan telah merekodkan dua kemenangan dan hanya tewas sekali kepada skuad negara pada November lalu.

Harimau Malaya berharap dapat meneruskan momentum positif dalam dua aksi kelayakan sebelumnya bila menentang Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos awal pagi esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram