Kyrgyzstan Tumbangkan Chinese Taipei Dengan 10 Pemain
Asia
Kyrgyz FU
Advertisements

Wakil Asia Tengah, Kyrgyzstan melupakan kekecewaan kempen Piala Asia 2023 dengan menewaskan Taiwan atau nama rasminya, Chinese Taipei dalam aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini.

Selepas tersingkir di peringkat kumpulan Piala Asia 2023, The White Falcons yang dibimbing Stefan Tarkovic berazam mengutip kemenangan kedua dalam Kumpulan D.

Sementara Taiwan yang dibimbing Gary White pula berharap dapat mengutip kemenangan pertama dalam Kumpulan D selepas tewas dalam dua aksi sebelumnya.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan The White Falcons berusaha mencari gol pendahuluan. Malangnya, setiap serangan yang cuba direncana berjaya digagalkan barisan pertahanan tuan rumah.

Usaha Kyrgyzstan semakin sukar apabila mereka dipaksa bermain dengan 10 orang. Ini selepas Said Datsiev mengutip kad kuning kedua pada minit ke-24.

Advertisements

Meskipun beraksi dengan 10 pemain, Kyrgyzstan terus memberi tekanan kepada Taiwan. Bagaimanapun, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, The White Falcons terus menggandakan asakan bagi mendapatkan gol.

Advertisements

Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-54 menerusi sepakan penalti kapten, Valery Kichin. Ini selepas pertahanan Taiwan menjatuhkan pemain gantian, Kimi Merk dalam kotak penalti.

Tersentak, Taiwan cuba bangkit mendapatkan gol penyamaan. Percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-69 menerusi pemain tengah Po Liang Chen tetapi gagal menepati sasaran.

Advertisements

Tatkala tuan rumah sibuk mencari gol penyamaan, Kyrgyzstan semakin selesa di hadapan menerusi gol Merk pada minit ke-80. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini menyaksikan Kyrgyzstan kini memintas Malaysia sebagai pendahulu Kumpulan D. Sementara Taiwan pula terus terperosok di kedudukan tercorot kumpulan.

Kedua-dua pasukan bakal bersemuka untuk aksi keempat kumpulan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada 26 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram