Kelayakan Piala Dunia: Jepun Sekolahkan Syria
Piala Dunia
Japan Football
Advertisements

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 hari ini melibatkan pertemuan antara pasukan Syria dan Jepun. Beraksi di Stadium Abdullah Faisal, Syria terpaksa akur dengan kehebatan Jepun apabila tewas 5-0.

Babak pertama perlawanan menyaksikan Jepun mendahului tiga jaringan. Ledakan Takefusa Kobe pada minit ke-32 permainan, diteruskan dengan dua jaringan Ayase Ueda untuk memastikan Jepun melebarkan kedudukan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Jepun terus menjaring menerusi Y Sugawara pada minit ke-47 permainan. Sebelum aksi tamat, Jepun terus berpesta jaringan untuk gol kelima menerusi M Hosoya.

Advertisements

Aksi tamat, Syria 0-5 Jepun.

Dalam saingan Kumpulan B, Jepun mengungguli kedudukan pertama dengan enam mata diraih selepas dua perlawanan. Korea Utara di kedudukan kedua dengan tiga mata diraih.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Jepun bakal meneruskan kempen di Piala Asia berdepan Vietnam. Jepun diundi dalam saingan Kumpulan D di pentasi Piala Asia 2024 bersama Indonesia, Iraq dan Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram