Kelayakan Piala Dunia: Korea Selatan Jadikan China ‘Taman Permainan’
MakanBola
FA Korea
Sponsors

Aksi antara pasukan China dan Korea Selatan menyaksikan anak didik Jurgen Klinsmann mudah merakamkan kemenangan 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shenzen menyaksikan Korea Selatan menurunkan kesebelasan terkuat berdepan lawan ke-79 dunia.

Ad
Sponsors

Usaha awal akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min menerusi sepakan penalti pada minit ke-11.

Ad

Son menambah derita lawan apabila menyudahkan gerakan cantik rakan sepasukan seminit sebelum tamat babak pertama.

Aksi babak pertama tamat 2-0.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)

Ad

Bersambung babak kedua, anak buah Aleksandar Janković cuba bangkit untuk mencari gol pertama namun digagalkan oleh kekebalan benteng lawan.

Ad

Usaha China bangkit akhirnya terpadam apabila tandukan Seung Hyun-jung menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke-87.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Korea Selatan mengekalkan dua kemenangan daripada dua aksi untuk memimpin carta kumpulan.