Ranking Masa-Nyata FIFA: Tewaskan Taiwan, Malaysia Raih Mata Maksimum
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia mencatatkan lonjakan penting untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA semasa pasukan setelah merakamkan kemenangan berdepan Chinese Taipei hari ini.

Harimau Malaya mengharungi aksi pertama dengan cukup cemerlang apabila membenam cabaran Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil.

Kemenangan itu memberikan skuad negara tambahan +15.49 mata untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia berbanding 137 dunia sebelum itu.

Advertisements

Beraksi di gelanggang lawan, Malaysia sekali lagi memperagakan aksi konsisten untuk menyerap tekanan daripada penyokong lawan.

Harimau Malaya akhirnya merekodkan kemenangan ke atas Chinese Taipei dan memperoleh tambahan +10.66 mata FIFA untuk melonjak satu tangga.

Advertisements

Malaysia kini menghuni kedudukan ke-129 dunia selepas dua kemenangan di Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengumpul 1122 mata untuk memintas kedudukan Central African Republic.

Kemenangan kedua ini memberikan kelebihan buat Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga sekaligus mencerahkan peluang untuk mara ke Piala Dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram