Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia dijangkakan akan tampil dengan beberapa perubahan signifikan pada beberapa posisi penting berdepan Chinese Taipei bagi aksi kedua Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Skuad bimbingan Kim Pan-gon memulakan kempen dengan baik apabila merakamkan kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3.

Anak didik Gary White pula terdesak untuk mencari kemenangan sulung selepas dikalahkan oleh Oman tempoh hari.

Advertisements

Harimau Malaya bagaimanapun dijangka tampil dengan pendekatan berbeza di gelanggang lawan dan tidak mahu terlepas mata penting untuk melonjakkan kedudukan ranking FIFA negara.

Perkara ini dikongsikan oleh Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin kepada Nindia Bola bahawa Kim Pan-gon mungkin mempertaruhkan kesebelasan berbeza.

Advertisements

Beliau menjangkakan pengendali kelahiran Korea Selatan itu akan melakukan perubahan selepas Dominic Tan difahamkan telah mengalami kekejangan di bahagian otot.

“Dominic Tan tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Chinese Taipei kerana mengalami kekejangan otot sementara pemain lain bersedia sepenuhnya.”

“Saya ingin memberitahu sedikit bahawa kesebelasan yang kita turunkan esok adalah bersifat menyerang,” jelasnya kepada Astro Arena.

Perkhabaran ini bakal menyaksikan Malaysia mengubah beberapa posisi terutamanya pertahanan selepas ketiadaan Dominic dan juga jentera tengah pasukan.

Antara nama yang disebut-sebut bakal beraksi ialah perancang tengah JDT, Afiq Fazail dan juga pertahanan kental negara, Junior Eldstal.

Perlawanan ini akan berlangsung pada 21 November 2023 jam 7 malam di Stadium Perbandaran Taipei.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram