Dominic Tan Tidak Dapat Diturunkan Berdepan Taiwan
Harimau Malaya
Aima/MakanBola
Advertisements

Pertahanan kental Malaysia, Dominic Tan difahamkan tidak dapat diturunkan berdepan Taiwan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Maklumat rasmi telah pun diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin kepada Nindia Bola berkenaan keadaan terkini skuad negara.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon ke Taiwan bagi misi meraih tiga mata seterusnya setelah menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Bukit Jalil.

Advertisements

Perkhabaran kurang baik bagaimanapun diterima dari kem Malaysia apabila pertahanan Sabah FC itu difahamkan tidak dapat diturunkan.

“Dominic Tan mengalami merasa kekejangan pada bahagian betis sejak semalam dan tidak dapat diturunkan sementara pemain lain bersedia sepenuhnya untuk perlawanan menentang Taiwan.”

“Saya ingin memaklumkan bahawa Malaysia akan turun dengan barisan menyerang pada esok hari,” jelas Hamidin kepada Nindia Bola.

Advertisements

Aksi kedua itu bakal membantu skuad negara memperoleh tambahan +10.66 mata untuk sekurang-kurangnya melonjak satu tangga ke kedudukan 129 dunia.

Harimau Malaya perlu memperbaiki rekod berdepan Taiwan selepas tewas tiga kali dalam 5 perlawanan terakhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram