“Mungkin Dia Ada Tiket Khas Ke Piala Asia”-Razman Roslan
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Razman Roslan memberi ramalan bahawa perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan berkemungkinan akan dipanggil oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon pada saat akhir ke Piala Asia.

Perkara ini dikongsikan menerusi satu analisis berdepan Kyrgyzstan dengan Harimau Malaya mencatatkan kemenangan penting 4-3 di laman sendiri.

Menerusi kenyataan bekas pemain Selangor ini, beliau merasakan bahawa jurulatih sudah pasti memiliki sebab tersendiri atas setiap keputusan yang dilakukan.

Advertisements

“Saya yakin beliau (Hong Wan) akan diberi peluang. Mungkin ke Piala Asia akan ada tiket khas buatnya.”

“Melihat kepada prestasinya sepatutnya beliau beraksi buat skuad kebangsaan. Tetapi seperti yang saya katakan, mungkin jurulatih merasakan beliau sudah sesuai, mungkin ada pemain lain yang akan dipanggil.”

Advertisements

Safee juga merasakan bahawa sekiranya peluang saat akhir ada, maka khidmat bekas pemain Wolves ini akan dibawa ke Qatar.

“Kita lihatlah kalau ada peluang, jika tidak maka beliau boleh fokus untuk tugasan berikutnya.”

Advertisements

“Mungkin Kim Pan-gon tidak lagi mahu mencuba pemain baru dan mahu kekal dengan barisan sedia ada maka sebab itu beliau tidak dipanggil.” jelasnya kepada Astro Arena.

Malaysia akan mengharungi perlawanan kedua di Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Taiwan pada 21 November 2023 di laman lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram