Ranking FIFA Malaysia: Malaysia berpeluang untuk kembali memahat sejarah apabila berada pada kedudukan yang amat baik untuk kembali ke kelompok 120 terbaik dunia selepas 18 tahun.
Harimau Malaya mencatatkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya menundukkan lawan daripada kelompok 100 terbaik dunia, Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil.
Kemenangan menyaksikan anak didik Kim Pan-gon memperoleh tambahan +15.49 mata FIFA untuk melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia.
Malaysia bakal menempuhi satu lagi perjalanan hebat di Stadium Municipal Taipei apabila dijadualkan berdepan lawan yang kini berada pada tangga 152 dunia.
Skuad kebangsaan akan memperoleh tambahan +10.66 mata sekiranya mencatatkan kemenangan dan berpeluang untuk naik satu anak tangga ke kedudukan 129 dunia.
Kejayaan ini bakal membuka satu lembaran baharu buat bola sepak Malaysia selepas kali terakhir menghuni kelompok 120 terbaik dunia adalah pada tahun 2005 (ke-123 dunia) menurut FIFA.
Kemenangan bakal menyaksikan Malaysia mengumpul jumlah keseluruhan mata sebanyak 1122 mata dan memintas kedudukan Central African Republic di tangga 129 dunia dengan 1114 mata.
Harimau Malaya juga berdepan misi penting untuk mencatatkan kemenangan ke atas Taiwan selepas merekodkan aksi buruk dalam 5 perlawanan terkahir berdepan lawan yang sama.
Pertemuan Malaysia dan Taiwan akan berlangsung pada 21 November 2023 pada jam 7 malam waktu tempatan.