Ranking Masa-Nyata FIFA: Malaysia Lonjak 7 Tangga, Kini Ke-130 Dunia
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Kemenangan Malaysia ke atas pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan menyaksikan kedudukan ranking FIFA negara melonjak 7 tangga untuk menghuni tangga ke-130 FIFA ketika ini.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon mempamerkan persembahan yang cukup memberangsangkan untuk memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

Harimau Malaya berjaya merakamkan kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan sekaligus menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +15.49 mata.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan pasukan ke-96 dunia, Kyrgyzstan memberikan tambahan mata FIFA yang cukup signifikan buat pasukan bimbingan Kim Pan-gon.

Tambahan mata ini menyaksikan skuad negara berjaya naik 7 anak tangga daripada kedudukan ke-137 dunia kepada 130 dunia.

Malaysia kini mengumpul 1112 mata dan menghampiri kelompok 120 terbaik dunia seperti yang menjadi sasaran Kim Pan-gon sejak mula mengambil alih pasukan.

Advertisements

Skuad negara dijadualkan berdepan dua aksi pada bukan November ini dengan Taiwan bakal menjadi lawan kedua di tempat lawan pada 21 November ini.

Kedudukan ini bagaimanapun akan dipengaruhi oleh pertembungan beberapa pasukan seperti Sudan yang akan berdepan Togo, Latvia menentang Croatia dan lain-lain bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.

Kemenangan berdepan Taiwan di laman lawan akan membolehkan Malaysia mengumpul mata keseluruhan menjadi 1123.26 mata untuk naik ke tangga 129 dunia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram