Kelayakan Piala Dunia: Kyrgyzstan Pamer Taring Tewaskan Oman
Piala Dunia
Oman FA
Advertisements

Kyrgyzstan melakukan kejutan apabila berjaya menewaskan Oman dengan jaringan tipis 1-0 dalam aksi kedua Kelayakan Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan turun dengan formasi 4-3-3 dalam memburu 3 mata penting bagi meraih slot ke Piala Dunia 2026.

Aksi separuh masa pertama bagaimanapun berakhir tanpa sebarang jaringan walaupun kedua-dua pasukan mempunyai beberapa siri percubaan yang berbahaya.

Advertisements

Memasuki babak kedua, Kyrgyzstan pantas meraih gol pertama perlawanan apabila menjaringkan gol pada minit ke-49.

Pemain tengah Kyrgyzstan, Odiljon Abdurakhmanov mencetak nama selaku penjaring perlawanan selepas 4 minit bermula separuh masa kedua.

Oman yang tersentak dengan jaringan itu cuba melakukan beberapa percubaan namun gagal menerjah jaring.

Advertisements

Kyrgyzstan turut mampu menguji gawang gol Oman dalam perlawanan ini sekaligus menyukarkan misi Oman untuk mencari gol penyamaan.

Tamat perlawanan, Kyrgyzstan berjaya menewaskan Oman 1-0 dan kini kedua-dua pasukan mengutip 3 mata setelah mengharungi 2 perlawanan dalam kumpulan D.

Kyrgyzstan yang sebelum ini mengalami 3 kekalahan berturut-turut berjaya bangkit meraih kemenangan ke atas Oman yang mempunyai kedudukan ranking lebih tinggi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram