Pasukan kebangsaan Malaysia mempamerkan aksi yang cukup memukau apabila menewaskan Chinese Taipei dengan keputusan 1-0.
Aksi yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei menyaksikan Harimau Malaya melakukan 4 pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan.
Malaysia melakukan gerakan awal untuk mencari gol awal dan melancarkan percubaan menerusi rembatan kencang Akhyar Rashid namun tersasar.
Faisal Halim memiliki peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan namun kuisannya terkena tiang sugguhpun penjaga gol lawan sudah tertewas.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 0-0.
Bersambung babak kedua, anak didik Kim Pan-gon cuba mencari gol pembukaan dengan Akhyar sekali lagi melepaskan percubaan namun melambung tinggi.
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila Darren Lok memanfaatkan kekacauan dalam kotak penalti pada minit ke-73.
Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Malaysia memperoleh tambahan +10.66 mata untuk melonjak ke tangga 129 dunia.