Kelayakan Piala Dunia: Malaysia & Vietnam ‘Wakil Terbaik’ Asia Tenggara Untuk ‘Matchday 1’
Piala Dunia
FAM & VFF
Advertisements

Malaysia dan Vietnam muncul wakil terbaik buat pasukan Asia Tenggara untuk perlawanan pertama bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia yang bangkit menewaskan Kyrgyzstan 4-3 berjaya meraih 3 mata pertama dan berkongsi mata dengan Oman untuk mendahului kumpulan D.

Vietnam pula tampil tenang menewaskan Filipina untuk sama-sama meraih 3 mata berharga bersama Iraq dalam kumpulan F.

Advertisements

Namun malang buat beberapa pasukan Asia Tenggara yang lain apabila tewas aksi pertama mereka seperti Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Myanmar.

Indonesia mengalami kekalahan teruk apabila tewas 1-5 ke atas Iraq semalam manakala Thailand tewas tipis kepada China dengan jaringan 1-2.

Advertisements

Myanmar dan Singapura berkongsi nasib yang sama apabila Myanmar kalah besar 0-5 kepada gergasi Asia, Jepun manakala Singapura turut kalah dengan jumlah jaringan yang sama ke atas Korea Selatan.

Namun perhatian pastinya tertumpu kepada pasukan Malaysia yang berjaya menundukkan pasukan yang berada di ranking yang lebih tinggi iaitu Kyrgyzstan yang berada di kedudukan 97 dunia.

Advertisements

Aksi kedua Kelayakan Piala Dunia bakal menyaksikan pertembungan antara Myanmar dan Korea Utara bagi kumpulan B dan Singapura menentang Thailand untuk kumpulan C.

Filipina pula akan menentang Indonesia dan Vietnam bertemu Iraq untuk aksi kumpulan F manakala Malaysia pula bakal menentang Taiwan yang tumpas kepada Oman semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram