Kemampuan 3 Perancang Tengah Meledak Beri Dimensi Berbeza Buat Kim Pan-gon
Harimau Malaya
KL City & Sabah FC
Advertisements

Kemenjadian perancang tengah tempatan di Liga Super semakin menampakkan hasilnya memasuki saingan Liga Super ke-18 sekaligus bakal membuatkan Kim Pan-gon tersenyum lebar.

Sungguhpun pemain tempatan perlu bersaing dengan kudrat pemain import, mereka jelas membuktikan bahawa pemain tempata juga memiliki kualiti yang diperlukan untuk terus bersaing.

Perkembangan ini juga memberikan pengendali negara, Kim Pan-gon lebih banyak pilihan menjelang persiapan ke Piala Asia di Qatar tahun hadapan.

Advertisements

Berikut merupakan antara pemain tengah di Liga Super yang sedang menikmati aksi terbaik setakat ini.

  1. Paulo Josue

Kapten pasukan KL City FC ini merupakan tunjang utama buat jentera tengah pasukan selain memiliki kemampuan untuk beraksi pada mana-mana posisi di bahagian serangan.

Advertisements

Pemain berusia 35 tahun ini terus menjadi taruhan Bojan Hodak untuk bergandingan dengan rakan sepasukan terutamanya penyerang import, Romel Morales dan Tchtche Kipre.

Bintang naturalisasi negara ini merupakan penjaring terbanyak The City Boys dengan 7 gol setakat 17 perlawanan Liga Super selain menjadi pencipta bantuan gol tertinggi pasukan dengan 3 bantuan.

Advertisements

Kepercayaan yang diberikan kepadanya menyaksikan Paulo menjadi antara pemain paling banyak beraksi buat KL City dengan 15 perlawanan.

2. Stuart Wilkin

Advertisements

Perancang tengah Sabah FC ini terus menjadi sandaran pasukan selain kemampuan meledaknya terus memberi kelebihan buat pasukan.

Pemain kelahiran England ini terus menampilkan kemampuan sebenar beliau untuk menjaringkan gol dan memainkan peranan selaku pemain tengah ‘box to box’ bersama The Rhinos.

Setakat ini, pemain berusia 25 tahun ini sudah pun menjaringkan 5 gol selain menjadi pemain paling banyak melakukan bantuan gol iaitu sebanyak 19 percubaan.

3. Lee Tuck

Lee Tuck merupakan pemain berpengalaman yang kembali mendapat sentuhan di bawah kendalian Nafuzi Zain.

Pemain berusia 36 tahun ini merupakan pilihan utama Sang Kenari untuk mengetuai jentera tengah pada musim ini.

Beliau memiliki kualiti penyudah yang cukup ampuh sekaligus menyaksikan terhasilnya 5 gol dan 4 bantuan gol atas namanya setakat ini.

Kerja kerasnya di atas padang sentiasa memberikan kelebihan buat Kedah dan memiliki visi luar biasa untuk melakukan hantaran-hantaran yang membelah pertahanan lawan.

Kesimpulan:

Kemenjadian perancang tengah negara dalam saingan domestik sudah tentu memberi kelebihan buat Harimau Malaya terutamanya pada aksi persahabatan bulan September kelak.

Ini juga memberi dimensi yang pelbagai kepada Kim Pan-gon dengan setiap pemain mampu menjaringkan gol untuk membantu pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram