Kemerduan Azan Tarik Perhatian Penyokong Mexico Di Qatar
Piala Dunia
@user1519102145372
Advertisements

Penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar bukan saja membuktikan keupayaannya menganjurkan kejohanan berprestij. Malah, ia juga menjadi medium dakwah bagi negara Teluk itu kepada pengunjung luar termasuk penyokong bola sepak. Ini dapat dilihat dalam satu video TikTok di mana seorang penyokong Mexico tertarik dengan laungan azan di Masjid Lusail, Lusail, Qatar.

Video tersebut memperlihatkan si penyokong asyik mendengar kelunakan laungan azan tersebut. Sejak ia dimuatnaik di aplikasi TikTok beberapa hari lepas, video tersebut mendapat lebih 400,000 like, dikongsikan lebih 3,000 kali dan menerima 6,074 komen.

Sejak Piala Dunia 2022 diadakan, kelibat ramai pengunjung luar di masjid-masjid sekitar Qatar bukan perkara baru. Mereka bukan saja mendengar laungan azan tetapi turut mendengar penerangan tentang agama Islam yang disampaikan oleh pendakwah yang ditempatkan di situ. Para pendakwah ini dibawa dari seluruh dunia dan ditempatkan di masjid-masjid sekitar Qatar oleh Pusat Tamu Qatar.

Advertisements

Usaha ini sedikit sebanyak mengubah persepsi ramai penyokong terhadap Qatar dan agama Islam seperti dialami pasangan Dorinel and Clara Popa dari Kanada. Dorinel, 54, berkata, “Kita mempunyai prejudis terhadap budaya dan orang lain kerana kita tidak diberi pendedahan tentang budaya orang lain.” Manakala isteri Dorinel, Clara, 52, pula berkata, “Kami mempunyai pandangan sendiri dalam kepala dan sekarang, sesetengah persepsi kami telah berubah.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram