Kemerduan Suara Jordan Mintah Nyanyi Lagu Raya Curi Perhatian
MakanBola
AzriHaziq / MakanBola
Sponsors

Pemain import Kuching City FC, Jordan Mintah sememangnya terkenal dengan kelakuan bersahaja bersama rakan-rakan sepasukannya. Terkini, tular satu video yang memaparkan penyerang kelahiran Ghana itu dilihat fasih menyanyikan lagu raya.

Video yang berdurasi 7 saat itu turut menampilkan dua lagi pemain Kuching City yang lain iaitu Zharmien Ashraf dan penjaga gol veteran, Wan Azraie.

Ad
Sponsors

Dalam video tersebut Mintah dan dua rakannya itu menyanyikan lagu raya yang popular iaitu Suasana Di Hari Raya nyanyian Anuar Zain dan Ellina.

Ad

Gelagat nyanyian Mintah dan rakan-rakannya itu mengundang pelbagai reaksi darpada pengikut akaun Tiktok penyerang berusia 28 tahun itu.

@jordan_mintah28

Selamat Hari Raya Aidilfitri To All My muslim People In The World❤️❤️❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktok #viral #fypシ゚viral #mfl #kuchingsarawaktiktok #selamathariraya #selamat #funnyvideos

Ad
♬ original sound – Jordan_mintah

Untuk rekod, Mintah merupakan rekrut terbaru buat Kuching City bagi saingan Liga Super 2024/2025 selepas berhijrah dari Terengganu FC.

Ad

Selain Mintah, beberapa nama besar turut dibawa masuk ke Kuching City seperti Tchetche Kipre, James Okuwosa dan Keanu Marsh-Brown.

Ad

Jurulatih, Aidil Shahrin akan kekal membimbing pasukan ini menjelang musim baharu yang dijangka bermula pada 10 Mei depan.