Jordan Mintah Milik Kuching City
Transfer
Kuching City
Advertisements

Bekas penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah telah disahkan kekal beraksi di Malaysia selepas menjadi rekrut terbaru Kuching City FC.

Perpindahan Mintah ke Kuching City baru sahaja diumumkan sebentar tadi melalui satu video rasmi yang disiarkan di semua platform media sosial kelab dari Sarawak itu.

Ini bermakna, Mintah bakal melengkapkan lima tahun karier bola sepak di Malaysia dan berpeluang untuk menjadi pemain naturalisasi seterusnya.

Advertisements

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Mintah akan berkelana ke Filipina selepas pemain itu dilihat turun berlatih bersama bekas kelabnya. Namun begitu, perpindahan Mintah ke Kuching City ini sekali gus menafikan khabar angin tersebut.

Musim baharu Liga Super menyaksikan Mintah dijangka bakal bergandingan dengan bekas penyerang Terengganu dan Kuala Lumpur City FC, Tchetche Kipre yang juga baru sahaja dibawa masuk pengendali, Aidil Sharin.

Advertisements

Pada musim lalu, khidmat Mintah sering digunakan pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner pada awal musim. Namun menuju ke pertengahan musim, khidmat Mintah lebih banyak tertumpu kepada Terengganu FC II dalam saingan Piala MFL.

Untuk rekod, Mintah berjaya meledak 13 jaringan buat Terengganu dalam saingan Liga Super dan Piala FA. Manakala bersama Terengganu II, Mintah diturunkan dalam 11 perlawanan dengan empat jaringan berjaya dihasilkan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram