“Kenapa Komen? Menang Sahaja” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan respon berharga selepas mencipta kejayaan hatrik Piala FA.

Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial berkongsi kegembiraan atas kejayaan skuad Harimau Selatan menumpaskan Selangor di pentas akhir.

Ad

Kemenangan 6-1 ke atas Gergasi Merah itu membolehkan JDT melakar hatrik Piala FA dan menjadi satu-satunya pasukan yang memecahkan rekod tersebut sejak diperkenalkan.

Ad

DYAM Tunku Ismail menyatakan bahawa memenangi piala adalah cara sebenar menghabiskan sesebuah aksi final.

“Inilah bagaimana ia berakhir (menjadi juara).

Ad

Baginda juga memuat naik satu lagi hantaran dengan menyatakan tiada keperluan untuk memberikan komen dan hanya perlu memenangi sesebuah perlawanan.

Ad

“Dan inilah bagaimana ia berakhir,” tambah baginda.

Ad
Copy of Untitled Design 59 "Kenapa Komen? Menang Sahaja" - Tunku Ismail

Kejayaan ini menjadi trofi ke-28 yang dimenangi oleh JDT sejak tahun 2013.