Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuka mulut selepas mencipta kejayaan hatrik Piala FA.
Baginda dalam satu kenyataan di laman sosial berbesar hati melihat kejayaan skuad Harimau Selatan apabila menumbangkan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
DYAM Tunku Ismail berada di SNBJ bagi menyaksikan aksi tersebut jelas bangga dengan pencapaian hatrik JDT dalam kejohanan tersebut.
JDT merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mencipta hatrik Piala FA sejak pertandingan itu tahun 1990.
Berdasarkan perkongsian di laman sosial, baginda mengulang ciap hantaran mengenai JDT menjadi satu-satunya pemenang hatrik juara Piala FA sejak diperkenalkan pada tahun 1990.
Hantaran itu turun disertakan dengan kenyataan tidak mahu memberikan komen oleh DYAM Tunku Ismail.
“No komen,” ujanya.
Baginda juga berada di SNBJ turun untuk meraikan kejayaan bersama anak buahnya yang bekerja keras untuk menjulang trofi ke-28 buat JDT sejak tahun 2013.