Kenyataan Safee Sali Dua Tahun Lalu Kini Hampir Terbatal
Harimau Malaya
Fifapro & FA Malaysia
Advertisements

Bekas penyerang lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali pernah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup besar kira-kira dua tahun lalu.

Beliau ketika era kegemilangannya dikenali sebagai salah seorang peledak berbisa yang dimiliki oleh Harimau Malaya termasuklah ketika membantu Malaysia menjulang Piala AFF pada tahun 2010.

Gandingan emas Safee dan rakan sepasukannya, Norshahrul Idlan Talaha menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan beliau menjaringkan 5 gol pada edisi tersebut.

Advertisements

Era kegemilangan bola sepak Malaysia sekitar tahun 2009-2012 terjadi disebabkan pengharaman pemain import dalam Liga Malaysia yang menyaksikan ramai penyerang tempatan berjaya dilahirkan.

Dalam satu temubual bersama Azman Adnan, Safee pernah menyatakan rahsia untuk kekal relevan adalah bersaing dengan pemain import.

Advertisements

“Kita selaku pemain, apabila hendak bermain dengan sesebuah pasukan, kita perlu bersaing dengan penyerang import dan semestinya kebanyakan jurulatih mahu menggunakan penyerang import di bahagian serangan untuk menjaringkan gol.”

“Kita (pemain tempatan) tidak mampu jaringkan gol ke? Kita juga boleh menjaringkan gol.”

Advertisements

Beliau mengeluarkan satu kenyataan besar apabila memberitahu bahawa tiada lagi penyerang tulen di Malaysia yang mampu menjaringkan gol sepertinya.

“Selepas saya, tiada lagi penyerang tempatan yang betul-betul boleh sumbat gol” jelas Safee.

Advertisements

Kenyataan ini bagaimanapun dilihat hampir terbatal selepas munculnya pemain bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Sunggupun profil berbeza yang ditampilkan oleh Arif yang bukan beroperasi selaku penyerang tulen dalam pasukan, beliau tetap memiliki naluri penyudah yang cukup ampuh untuk menembusi gawang lawan.

Pada usia 21 tahun, Arif sudah pun mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan di bawah beberapa orang jurulatih yang bertukar ganti.

Malah, beliau dilabel sebagai salah seorang pemain muda terbaik yang sedang menunjukkan potensi besar di Asia.

Arif yang juga pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia pada tahun 2021 dan 2022 terus membuktikan kualitinya apabila memasuki musim ketiga bersama skuad utama JDT.

Selepas beraksi hampir 1400 minit di Liga Super, anak jati Pahang ini merekodkan 6 gol dan 10 bantuan gol setakat ini sekaligus menujukkan fleksibiliti dan gaya permainannya yang versatil.

Rekod cemerlang ini juga diteruskan ketika bersama skuad Harimau Malaya apabila Arif sekali lagi menjadi watak penting di bawah kendalian Kim Pan-gon.

Pada aksi persahabatan Jun lalu, beliau berhaya meledak 5 gol dan dua bantuan gol dalam dua perlawanan berdepan Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea.

Hakikat perkembangan pemain bertubuh kecil ini diakui oleh ketua jurulatihnya, Tano Solari apabila beliau telah beberapa kali meletakkan Arif selaku pemain nombor 9 dalam beberapa perlawanan pada babak kedua musim ini.

Arif dilihat sebagai prospek masa depan terbaik yang dimiliki oleh JDT dan Malaysia sekaligus bakatnya menjadi tumpuan ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram