Blog
Advertisements

Pastinya kita tidak akan melupakan momen ketika skuad bolasepak negara menjulang Piala AFF Suzuki 2010 ketika menumbangkan Indonesia di final. Antara pemain yang menjadi tumpuan ramai ialah penyerang prolifik negara iaitu Safee Sali. Beliau berjaya meledak 5 gol sepanjang kejohanan sekaligus membawa pulang Trofi Kasut Emas untuk kejohanan tersebut.

Final Leg Pertama AFF Suzuki 2010 di Stadium Bukit Jalil. Malaysia menang 3-0

Pada tahun 2009 hingga 2011, Liga Malaysia mengharamkan pemain import dan kita dapat lihat anak tempatan berjaya mempamerkan aksi yang sangat berkualiti di setiap posisi. Dari situ lahirnya beberapa penyerang tempatan yang hebat seperti Norshahrul Idlan Talaha, Abdul Manaf Mamat dan Safee Sali sendiri.

Kecemerlangan Safee Sali di Kejohanan Piala AFF 2010 juga telah menarik minat beberapa kelab Indonesia. Beliau menerima 4 tawaran di sana iaitu dari Persib Bandung, Pelita Jaya, Persija Jakarta dan Persiba Balikpapan. Setelah beliau meneliti dari segala aspek, beliau memlih untuk bersama Pelita Jaya FC pada tahun 2011.

Advertisements
Safee Sali 1 Safee Sali: Selepas Saya, Tiada Lagi Penyerang Tempatan Yang Boleh Jaringkan Gol
Safee Sali ketika beraksi bersama Pelita Jaya FC

Selepas pemain import dibenarkan kembali pada tahun 2012, penyerang tempatan semakin tenggelam dek kerana kebanyakan pasukan menandatangani pemain import sebagai penyerang utama pasukan. Jadi ianya sama sekali membantutkan minit permainan bagi striker tempatan.

Manakala ketika itu Safee terus cemerlang di bumi Indonesia dengan berjaya menjadi antara penjaring terbanyak di liga ketika itu sebelum memilih untuk kembali ke Liga Malaysia dek kerana masalah dalam Liga Indonesia ketika itu.

Ketika ditemubual  di Channel Youtube The Azman Adnan, Safee berkata:

Advertisements

“Kita selaku pemain, apabila hendak bermain dengan sesebuah pasukan, kita perlu bersaing dengan penyerang import dan semestinya kebanyakan jurulatih mahu menggunakan penyerang import di bahagian serangan untuk menjaringkan gol, kita [striker tulen tempatan tidak mampu jaringkan gol ke? Kita juga boleh ‘score’ gol”.

Safee turut menegaskan mengenai ketandusan penyerang tempatan ketika ini.

“Selepas saya, tiada lagi penyerang tempatan yang betul-betul boleh sumbat gol” jelas Safee.

Advertisements

Safee Sali kini beraksi untuk Kuala Lumpur City FC. Walaupun sudah menjangkau umur 37 tahun, beliau tetap mahu beraksi untuk membuktikan penyerang tempatan juga mampu bersaing dengan penyerang import sambil mengharapkan jurulatih-jurulatih di Malaysia memberi peluang kepada anak tempatan untuk beraksi sebagai seorang penyerang tulen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram