Kepulangan Wan Kuzain Tidak Seperti Dirancang
MakanBola
St Louis City 2
Sponsors

Kepulangan pemain tengah St Louis City 2, Wan Kuzain Wan Kamal tidak berjalan seperti yang dirancang.

Tonggak berusia 25 tahun itu kembali beraksi bersama pasukannya setelah berehat hampir 10 bulan ekoran kecederaan serius yang dialaminya.

Ad

Kuzain tampil selaku pemain gantian ketika St Louis City 2 tewas tipis dengan keputusan 1-0 kepada Colorado Rapids 2 baru-baru ini.

Ad

Barisan kejurulatihan pasukan telah memberi peluang kepada pemain kelahiran Amerika-Malaysia ini untuk beraksi dalam kesebelasan utama menentang Ventura Country.

St Louis City 2 bagaimanapun mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tumpas ddngan keputusan 3-1 pada aksi keenam MLS Next Pro 2025.

Ad

Kuzain diberikan peluang untuk beraksi selaku pemain sayap kanan sepanjang 90 minit permainan namun tidak merekodkan sebarang jaringan.

Ad

Sebelum ini, mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa tonggak versatil itu berminat untuk mewakili Harimau Malaya.

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Harimau Malaya,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments