Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal memberi bayangan awal bakal memperkuat Malaysia.
Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa beliau telah berhubung dengan Kuzain secara dekat.
Beliau memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu bakal memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat.
“Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai kita kali ini. Beliau sudah pun beberapa kali menghubungi saya tetapi ketika ini beliau sedang cedera.
“Beliau memberitahu saya bahawa selepas kecederaannya pulih, beliau siap sedia secepat mungkin untuk membantu Malaysia,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Perkembangan itu dilaporkan oleh Wan Kuzain sendiri yang memuat naik gambarnya sedang menjalani proses pemulihan.
“Hanya menunggu masa sahaja,” ujar Kuzain.
Kehadiran tonggak St Louis City 2 itu diserikan lagi apabila pertahanan kental Go Ahead Eagles, Mats Deijl yang difahamkan sudah dalam proses dokumentasi untuk mewakili negara.
Tambahan kekuatan ini sudah pasti membantu Harimau Malaya dalam misi untuk mara ke Piala Asia 2027 dan bakal beraksi bagi pusingan kelayakan bermula Mac tahun hadapan.