Ads
Kes Simbah Asid Faisal Halim: Seorang Lagi Suspek Ditahan
Liga Super
Selangor FC

Susulan kes simbah asid terhadap pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, seorang lagi suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu telah diserang secara mengejut oleh individu yang tidak dikenali apabila disimbah dengan cecair yang dipercayai asid.

Advertisements

Keadaan ini menyebabkan tonggak kebangsaan itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah menjalani pembedahan selama 4 jam.

Advertisements
Advertisements

Menerusi laporan oleh wartawan Media Prima, Redzyan Abdul Manap, seorang lagi suspek kepada kejadian pemain Selangor FC itu kini ditahan.

“Kes simbah asid terhadap Faisal Halim. Seorang lagi suspek ditahan menjadikan dua orang ditahan setakat ini, ujar beliau di laman X.

Advertisements

Kejadian yang menggemparkan seluruh Malaysia ini juga menyaksikan serangan kedua berlaku selepas pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid turut diserang oleh individu yang tidak dikenali.

Keadaan Faisal Halim juga difahamkan agak kritikal susulan kelecuran yang kini memasuki tahap keempat.

Advertisements

Beliau kini difahamkan telah dirawat di salah sebuah hospital di Shah Alam sejak dua hari lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram