Media Sepanyol Zahirkan Kerisauan Terhadap Keadaan Terkini Faisal Halim
Eropah
Azri / MakanBola
Advertisements

Salah sebuah media di Sepanyol telah menzahiekan kerisauan terhadap perkembangan pemain sayap negara, Faisal Halim.

Pemain berusia 26 tahun itu mengalami serangan simbahan cecair yang dipercayai asid pada bahagian kepala, tangan dan juga rusuk.

Beliau kini telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam dengan berada dalam pantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisements

Pemain The Red Giants itu merupakan mangsa kedua selepas tonggak Terengganu FC, Akhyar Rashid turut diserang individu misteri beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian oleh media Sepanyol, Tiempo de Juego, berita ini sudah sampai kepada pengetahuan orang Sepanyol tentang perkembangan bola sepak yang berlaku di Malaysia.

Advertisements

Laman tersebut mengambil maklum tentang insiden yang menimpa Faisal Halim selain melaporkan perkembangan terkini yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, YB Najwan Halimi.

“Saya telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa saudara Faisal Halim kini sedang dirawat di hospital.

Advertisements

“Keadaan beliau stabil namun mengalami kelecuran tahap dua di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Keadaan terbaru Faisal menyaksikan beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat dan diberikan rawatan rapi ketika ini.

Advertisements

YB Najwa Halimi mengecam tindakan beliau sampai memberikan tanggungjawab kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman X.

Faisal juga difahamkan bakal berehat 3-6 bulan sekaligus terlepas permulaan musim dan tidak dapat membantu kempen Harimau Malaya berdepan Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram