fbpx

Ketiadaan Arif Aiman Dalam Skuad Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya

Instagram: @ariifaiman42

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 24 orang pemain yang menjadi taruhan terbaik negara bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan pada 6 dan 9 Oktober ini.

Sungguhpun begitu, kelibat pemain sayap utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang tidak mendapat panggilan bagi perlawanan kali ini mengundang tanda tanya para penyokong.

Pemain muda berbakat berusia 20 tahun itu cemerlang membantu JDT apabila tampil sebanyak 20 kali pada musim ini. Dengan kecederaan beberapa pemain sayap pasukan seperti Safawi Rasid dan juga Mohamadou Sumareh pada awal musim selain Ramadan Saifullah yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Barcelona membuka ruang buatnya beraksi.

Keputusan Benjamin Mora untuk mempertaruhkan pemain ini nyata membuahkan hasil apabila menampilkan persembahan yang cukup matang setiap kali diberi peluang.

Prestasi memberangsangkan anak kelahiran Pahang ini membuatkan peminat ingin beliau terus memacu kecemerlangan bersama Harimau Malaya.

Pada musim ini, beliau telah berjaya merekodkan 2 jaringan dan juga merekodkan 3 bantuan gol.

Pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang pasukan terbaik di Asia pastinya menjadi tonik terbaik bagi mengembangkan bakatnya untuk menjadi salah seorang pemain di Malaysia.

Sebelum ini, bekas pengendali Singapura, Fandi Ahmad telah memuji Arif Aiman dan juga Luqman Hakim sebagai antara pemain muda berbakat yang dimiliki oleh Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa pemain ini bakal menjadi aset terbesar yang dimiliki oleh pasukan negara.

Sungguhpun Arif tidak dipanggil seperti beberapa pemain lain termasuklah Corbin-Ong, Safawi, Sumareh dan juga beberapa pemain JDT lain dilihat sebagai satu percaturan baharu yang cuba diterapkan oleh Cheng Hoe sambil posisi sayap diisi oleh kelibat pemain baharu seperti Al-Hafiz, Faisal Halim, dan Hakimi Abdullah yang diberi kepercayaan untuk menggalas tugas tersebut.