Fandi Ahmad Akui Malaysia Beruntung Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman
Dunia
Goal.com
Advertisements

Bekas penyerang berbisa pasukan Singapura, Fandi Ahmad memberitahu bahawa Malaysia amat beruntung kerana memiliki beberapa bintang muda yang amat berbakat di rantau Asia Tenggara ketika ini.

Beliau ketika dalam satu temubual ketika siaran langsung undian Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura pada petang tadi menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya memiliki beberapa pemain yang amat berpotensi untuk menjadi bakat muda yang perlu diberi perhatian dengan baik.

Namun begitu, perhatian beliau lebih terarah kepada dua orang pemain yang berpotensi untuk menjadi bintang masa depan buat negara.

Advertisements

Dua orang pemain yang berjaya menarik perhatian Fandi ialah pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan seorang lagi prospek muda berbakat besar yang berkelana di Eropah bersama KV Kortrijk, Luqman Hakim Samsudin.

‘Mereka (Malaysia) mempunyai beberapa pemain muda yang sangat bagus termasuklah Luqman Hakim dan Aiman (Arif).’

Arif yang kini menjadi watak utama pasukan JDT merangkul kejuaraan Liga Super buat musim kelapan berturut-turut apabila telah beraksi dalam 20 perlawanan. Beliau juga telah berjay menjaringkan 2 gol dan mencetak 3 bantuan gol.

Advertisements

Pengalaman beraksi sebanyak 5 perlawanan di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) bakal menjadi aset terbesar beliau untuk terus memberikan yang terbaik buat negara.

Menurut penjelasan beliau, negara-negara seperti Vietnam dan Indonesia juga mempunyai ramai pemain yang berpotensi besar sungguhpun Liga Indonesia baru sahaja memasuki musim baharu.

‘Saya rasa Indonesia turut mempunyai pemain hebat seperti Egy (Maulana Vikry),’-Jelas Fandi kepada dalam temubual tersebut.

Advertisements

Egy yang baru sahaja berusia 21 tahun telah menempa nama di Liga Slovakia bersama FK Senika. Beliau juga telah melakukan 1 bantuan gol dalam 1 penampilan.

Sebelum itu, beliau telah beraksi di liga Poland bersama Lechia Gdansk sebelum membuat keputusan untuk berhijrah.

Namun begitu, Singapura juga mempunyai bakat muda iaitu anak kepada Fandi Ahmad sendiri iaitu Ilhan Fandi yang beraksi di posisi penyerang yang perlu diberi perhatian.

Advertisements

Dengan saingan berbaki kurang 2 bulan sahaja lagi, rata-rata negara membuat persiapan yang rapi bagi memantapkan skuad masing-masing untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

Malaysia yang diundi bersama Indonesia dalam kumpulan B selain juara bertahan, Vietnam turut berada dalam kumpulan itu bakal menjanjikan kehangatan dan penuh kejutan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram