Malaysia Diundi Bersama Musuh Tradisi, Indonesia Dalam Kumpulan B
Dunia
Youtube: AFF Suzuki Cup
Advertisements

Undian Piala AFF Suzuki 2020 telah berlangsung sebentar tadi sekaligus bakal menyaksikan pasukan Harimau Malaya bersaing bersama beberapa lagi negara dalam usaha merangkul kejohanan berprestij itu kembali ke tanah air tercinta.

Kali terakhir Malaysia berjaya memasuki pentas akhir adalah pada Edisi 2018 ketika perjalanan penuh dramatik pasukan negara dihentikan oleh pasukan Vietnam dengan agregat 3-2.

Sungguhpun begitu, kempen kali ini baka menjadi permulaan baharu buat semua pasukan yang bertanding sambil mengharapkan keputusan undian memihak bagi memudahkan laluan ke peringkat seterusnya.

Advertisements

Dalam undian yang berlangsung sebentar tadi, Malaysia diletakkan dalam pot 2 bersama pasukan Myanmmar.

Brunei darussalam bakal menjadi tuan rumah menentang pasukan Timor Leste bakal mengharungi pusingan kelayakan yang bakal diadakan nanti bagi menentukan pasukan yang layak ke kejohanan itu nanti.

Dalam Pot A, dua pasukan gergasi diletakkan bersama iaitu pasukan kendalian Park Han Seo iaitu Vietnam dan juga pasukan Thailand.

Advertisements

Berdasarkan keputusan yang berlangsung di Singapura itu, pasukan Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan Indonesia, Kemboja, Laos dan juga juara bertahan, Vietnam.

Selain itu, bagi kumpulan A pula, pasukan seperti Myanmar, Filipina, Singapura dan juga pasukan yang melepasi pusingan kelayakan berada dalam kumpulan tersebut bersama pasukan Thailand di pot 1.

Kejohanan ini dijangka akan berlangsung pada 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 sekaligus bakal menjadi detik penting untuk melihat pasukan seterusnya meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki kali ini.

Advertisements

Pasukan negara kendalian Tan Cheng Hoe juga dijangka bakal mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan menentang pasukan gergasi seperti Uzbekistan dan juga Jordan Oktober ini.

Ia pastinya menjadi pentas terbaik buat barisan kejurulatihan bagi membuat penilaian dan pemilihan barisan pemain yang terbaik untuk menggalas tugas bagi mengetuai cabaran negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram