Ketumpulan Penyudah Hantui Sri Pahang
MakanBola
Sabah FC

Masalah ketumpulan penyudah terus menyukarkan Sri Pahang FC untuk mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam Liga Super.

Hal ini diakui sendiri pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad selepas aksi terbaru liga antara pasukan itu dengan Sabah FC di Temerloh pada 9 Ogos lalu.

Ad

Penyerang Liberia, Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat tuan rumah. Sang Badak kemudiannya bangkit dengan menyumbat tiga gol menerusi Jafri Firdaus Chew, Farhan Roslan dan Daniel Ting.

Ad

Kpah kemudiannya merapatkan jurang buat tuan rumah pada separuh masa kedua. Meskipun Sri Pahang terus mengasak, Sabah mempertahankan keputusan 3-2 sehingga tamat perlawanan.

Fandi mengakui kecewa dengan keputusan tersebut kerana merasakan Sri Pahang memiliki banyak peluang untuk menyamakan kedudukan.

Ad

Kegagalan barisan pemain Tok Gajah menyempurnakan peluang menyebabkan mereka terlepas peluang untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Ad

“Kita mencuba sedaya upaya, kita membuat pertukaran yang tepat dan kita dapat peluang sehingga dapat kawal penguasaan bola. Dan kita pun mencipta banyak peluang tetapi masih belum dapat penyudahan (yang baik).

Ad

“Jadi, apa lagi kita nak kata. Peluang yang kita ada banyak tetapi kita kena sempurnakan untuk menjaringkan gol. Kita agak kesal tetapi kita harus salahkan diri sendiri kerana tidak menjaringkan gol,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan yang disiarkan di Nadi Arena.

Kekalahan ini bukan saja menyebabkan Sri Pahang berada di tangga kesembilan liga dengan enam mata. Malah, Tok Gajah terus buntu meraih kemenangan sejak kali terakhir melakukannya pada 11 Mei lalu.

Selepas ini, Sri Pahang bakal berdepan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 16 Ogos ini.