Ketumpulan Serangan Selangor Bimbangkan Razman Roslan
MakanBola
PFAM
Sponsors

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan mengakui bimbang dengan ketumpulan jentera serangan Selangor FC.

Isu ini terserlah apabila pasukan yang dibimbing Nidzam Jamil itu melayan kunjungan wakil Filipina, Dynamic Herb Cebu untuk aksi kedua Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

Meskipun meraih kemenangan 1-0 menerusi jaringan Yohandry Orozco, Merah Kuning dilihat berdepan kesukaran menyempurnakan peluang jaringan yang terhidang.

Ad

Dan Selangor bernasib baik apabila percubaan penyerang DH Cebu dari Jepun, Rintaro Hama tidak menepati sasaran pada minit akhir separuh masa kedua.

Ini kali ketiga berturut-turut Selangor hanya menjaringkan satu gol dalam semua kejohanan. Selain DH Cebu, Selangor turut menewaskan Terengganu FC 1-0 dan diikat Muangthong United 1-1.

Ad

Razman melihat situasi ini tidak sepatutnya berlaku kepada Selangor di pentas ACL2. Ini kerana dengan jurang tahap kedua-dua pasukan yang jauh berbeza, Merah Kuning sepatutnya mendominasi dan meraih bilangan jaringan yang besar.

Ad

“Betul, kita setuju tiga mata yang diperolehi sangat berharga. Tapi kalau kita menang 1-0 dengan pasukan contoh macam dari Korea atau pasukan yang lebih baik, kita akan bersetuju.

Ad

“Tetapi bertemu dengan pasukan yang bagi saya tahapnya tidak (seberapa) dan pasukan Cebu hari ini pun tidak beraksi dengan baik.

“Selangor juga tidak beraksi di tahap tertentu yang kita hendakkan. Dan mungkin perlawanan itu tak berapa baik dan kita rasa tak sepatutnya dapat satu jaringan,” katanya semasa menjadi panel Arena Bola.

Pandangan Razman turut dipersetujui legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan. Beliau melihat Merah Kuning perlu menyempurnakan setiap peluang yang ada dan tidak membenarkan pasukan lawan bangkit.

Zainal melihat tabiat ini harus diubah jika Selangor ingin merealisasikan aspirasi melepasi peringkat kumpulan ACL2.

“Jadi bagi saya, perubahan apa yang Selangor perlu buat ialah tidak memberi pasukan lawan bangkit, maknanya tamatkan permainan.

“Itu satu contoh yang terbaik kalau mereka kembali membuat pascanilai bahawa permainan pada separuh masa pertama dengan kedua amat berlainan,” ujarnya.

Keputusan ini menyaksikan Merah Kuning di tangga kedua Kumpulan H dengan empat mata, dua mata di belakang Jeonbuk Hyundai Motors.