Kevin Mendoza: Saya Pasti Akan Kembali Lagi
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Bekas penjaga gol KL City FC, Kevin Mendoza menyatakan hasrat untuk kembali bersama pasukan itu pada masa akan datang.

Pemain berusia 28 tahun ini menjadi tunjang utama buat The City Boys sejak tiga tahun kebelakangan ini termasuklah membantu pasukan untuk mara dalam tiga final dalam tempoh tersebut.

Perjalanan pemain kelahiran Denmark-Filipina ini akhirnya terhenti apabila beliau memutuskan untuk tidak lagi kekal bersama kelab Ibu Kota.

Advertisements

Mendoza yang ditemui selepas tamat perlawanan menyatakan rasa beratnya untuk meninggalkan pasukan namun harus membuat keputusan yang terbaik buat kariernya.

“KL City sangat istimewa bagi saya kerana kesatuan yang wujud dalam pasukan. Saya rasa seperti di rumah. Ini menjadi pengalaman yang baik buat saya beraksi di luar buat kali pertama.”

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan kembali ke KL City suatu hari nanti.

Advertisements

“Saya pasti akan merindui mereka semua nanti. Satu hari nanti saya berharap dapat kembali sama ada sebagai seorang pemain mahupun jurulatih.

Mendoza dikaitkan dengan kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung sekaligus bakal bergabung dengan bekas jurulatihnya, Bojan Hodak di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram