Ads
Kevin Muscat Waspada Ancaman JDT
ACL
Shanghai Port FC

Pengendali Shanghai Port, Kevin Muscat enggan memandang rendah cabaran Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisements

Aksi antara The Red Eagles dengan Harimau Selatan merupakan yang pertama buat kedua-dua pasukan di pentas Asia termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements

Bagi JDT, ini kali kedua mereka bertemu pasukan dari China di pentas Asia. Sebelum ini, JDT pernah berentap dengan Shandong Luneng di peringkat kumpulan ACL edisi 2019.

Advertisements
Advertisements

Meskipun kurang arif dengan Harimau Selatan, Muscat enggan memandang rendah cabaran pasukan itu. Ini kerana beliau mengetahui dominasi JDT dalam saingan Liga Super.

“Tahun ini juga merupakan satu kejohanan elit selepas penstrukturan semula Liga Juara-Juara AFC (ACL). Kita tahu lawan esok, Johor memiliki dominasi yang kuat dalam liga domestik mereka.

Advertisements

“Saya juga memiliki pengalaman ACL dalam beberapa musim terakhir. Kita tidak sabar menghadapi cabaran, kita juga akan bersedia,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan Shanghai Port-JDT seperti dilaporkan portal 163.com.

Muscat tidak melihat lawan yang kurang dikenali seperti JDT sebagai satu cabaran. Sebaliknya, legenda Australia itu melihat ini peluang untuk memperkenalkan pasukan itu dengan peminat baru dari rantau lain di benua Asia.

“Ini peluang untuk kami bukan saja menunjukkan pasukan tetapi juga memperkenalkan pasukan kepada peminat dari negara-negara lain di Asia.

“Matlamat perlawanan malam esok mudah, mempamerkan prestasi terbaik dan cuba menunjukkan corak permainan yang hebat,” ujarnya.

Shanghai Port dan JDT bakal berentap di Stadium Bola Sepak Pudong pada 18 September ini. Muscat dijangka menagih khidmat kapten, Oscar.

Advertisements

Oscar sudah memeterai lanjutan kontrak selama sebulan bersama pasukan itu untuk membantu mereka dalam saingan ACLE sehingga Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram