Advertising
Khabar 7 Pemain Warisan Baharu Buat Safee Sali Teruja
MakanBola
FA Malaysia

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui teruja dengan perkhabaran tujuh bintang warisan baharu bakal memperkuatkan Harimau Malaya.

Sebelum ini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan sudah mengenal pasti tujuh bintang warisan baharu buat skuad senior Malaysia.

Ad

Baginda turut menyebut posisi yang bakal diisi mereka iaitu bek kiri, bek tengah, tengah, tengah menyerang, sayap kiri dan penyerang.

Ad

Kesemua pemain ini bukan saja berada di rantau selatan Eropah. Malah, mereka juga beraksi di liga-liga utama Eropah.

Antara nama yang dilaporkan berada dalam senarai tujuh pemain berkenaan ialah pemain tengah Aris FC, Monchu Rodriguez dan pemain sayap Leganes, Naim Garcia. Menariknya, dua pemain berkenaan pernah beraksi untuk Barcelona.

Ad

Safee melihat ini satu perkhabaran baik kerana akademi Barcelona yang terkenal, La Masia menghasilkan ramai pemain berkualiti.

Ad

“Kalau sudah dengar nama Barcelona, sudah tentu ia satu perkhabaran yang baik bagi saya. Baik belum tentu lagi tetapi perkhabaran yang sangat menarik,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Sebab kita tahu akademi Barcelona menghasilkan ramai pemain berkualiti. Jadi, ini satu penanda aras yang kita mengharapkan mereka dapat membantu barisan Harimau Malaya.”

Pada masa sama, Safee ingin melihat barisan pemain warisan baharu ini menyesuaikan diri dengan corak permainan di Asia dan kemahuan jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

“Bagaimana corak permainan Sepanyol (yang dibawa mereka) dan adaptasi bersama jurulatih baru dan pemain baru, itu yang lebih penting bagi saya sebagai penganalisis bola sepak sekarang ini,” tambahnya.

“Kita ingin melihat bagaimana mereka menerapkan corak permainan di ASEAN dan Sepanyol, itu yang lebih menarik.”

Malaysia bakal mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 dalam Kumpulan F. Selain Harimau Malaya, Vietnam, Laos dan Nepal turut berada dalam kumpulan sama.

Skuad negara bakal berdepan Nepal di Kathmandu pada 25 Mac ini.