DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti 7 pemain warisan buat Harimau Malaya.
Usaha mendapatkan pemain warisan sebelum ini terbantut setelah beberapa pemain telah tampil menjelaskan bahawa mereka tidak memiliki pertalian darah dengan Malaysia.
Usaha itu kembali mendapat sinar selepas beberapa siri pertemuan yang diatur oleh DYAM Tunku Ismail dengan pihak FIFA seperri Gianni Infantino.
Menerusi satu hantaran terbaru oleh Baginda, terdapat satu perkembangan positif berkenaan pemain warisan Harimau Malaya.
“Kami telah mengenalpasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya. Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia.
Baginda mahu melihat kempen skuad kebangsaan bermula dengan positif bagi misi untuk melayakkan diri ke pentas Piala Asia 2027.
“Ini agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini. Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” ujar DYAM Tunku Ismail di laman X.
Baginda bagaimanapun masih belum menyatakan secara jelas pemain-pemain yang dimaksudkan itu tatkala persiapan skuad kebangsaan masih berbaki dua bulan menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027.