Khuzaimi Piee Kongsi Rakaman CCTV Kenderaan Suspek Pecah Masuk Rumahnya
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee kongsi rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden rumahnya yang telah dipecah masuk. 

Khuzaimi Piee merupakan pemain bola sepak Selangor yang kedua diganggu oleh individu tidak dikenali. 

Ad

Rakaman yang diskongsikan oleh Khuzaimi Piee di Instagram Story miliknya sebentar tadi memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih keluar dari pengawal keselamatan kawasan rumah. 

Ad

Berdasarkan klip tersebut turut kelihatan sebuah motosikal jenama Y15ZR berwarna biru yang dipercayai milik Khuzaimi telah dilarikan oleh seorang lelaki keluar dari perkarangan rumahnya diekori rapat oleh kereta putih. 

Kemudiannya, terdapat rakaman dari sudut dalam rumah juga didapati seorang individu yang tidak dikenali dapat dilihat menyeludup masuk dari pintu rumah Khuzaimi Piee.

Ad

Antara barang yang hilang selain motosikal ialah beg silang pelbagai jenama dan passport milik pertahanan Selangor itu.

Ad

Khuzaimi Piee turut meminta bantuan kepada semua orang jika sesiapa ternampak motor Y15ZR miliknya untuk terus laporkan kepada pihak Polis dengan segara

Ad