Ads
Liga Super
Azri Haziq / MakanBola

Satu lagi kejadian menggemparkan apabila rumah pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee telah dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali.

Advertisements

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pemain tersebut, semuanya bermula apabila beliau meninggalkan rumahnya pada jam 2 petang untuk menuju ke tempat latihan The Red Giants.

Advertisements

Tonggak Harimau Malaya itu kembali pulang ke rumahnya sekitar jam 9 malam pada hari yang sama iaitu 22 Mei 2024.

Advertisements
Advertisements

Khuzaimi mendapati bahawa pintu pagar depan dan juga belakang rumahnya telah terbuka ketika ketiadaannya.

Pemeriksaan segera dilakukan dalam kawasan rumah dan mendapati beberapa barangan berharga telah hilang termasuklah sebuah motosikal, beg silang pelbagai jenama dan juga pasportnya.

Advertisements

Beliau telah membuat laporan polis di Shah Alam sekitar jam 11:30 malam bagi tujuan tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Kejadian ini menjadi insiden keempat yang melanda pemain negara selepas serangan terhadap Akhyar Rashid, simbahan asid Faisal Halim dan juga kenderaan Safiq Rahim yang telah dipecahkan.

Sebelum ini, Selangor telah mengumumkan kawalan rapi pada pusat latihan pasukan sebagai langkah berjaga-jaga kepada semua pemain.

IMG 0568 Cerita Lengkap Kejadian Pecah Masuk Rumah Khuzaimi Piee
Advertisements

Khuzaimi menjadi tonggak kedua Selangor selepas Faisal Halim yang diserang dengan siasatan terperinci berhubung kes tersebut masih lagi berjalan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram