Kim Pan-gon Buka Mulut Selepas Impian Besar Malaysia Tertangguh
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuka mulut selepas skuad negara menamatkan perjalanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad kendaliannya mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas mengutip 10 maat daripada 6 perlawanan Kumpulan D.

Advertisements

Usaha itu bagaimanapun tidak mencukupi apabila Harimau Malaya mengakhiri cabaran di tangga ketiga.

Pegendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui terdapat beberapa aspek penting dalam perlawanan yang perlu ditambah baik dengan segera.

Advertisements

“Secara teknikalnya kami banyak melakukan kesilapan dan memberikan Chinese Taipei jaringan terlebih dahulu. Akan tetapi, kita berjaya bangkit pada babak kedua untuk menang 3-1, ini menunjukkan mental para pemain kuat.

“Ini merupakan DNA Malaysia, berjaya mengikat lawan dan bangkit untuk menewaskan mereka. Kita dapat belajar banyak perkara daripada kelayakan kali ini dan tetap berbangga.

Advertisements

“Kita belajar banyak perkara dan kita akan membetulkannya sebaik mungkin,” jelas Pan-gon selepas perlawanan Malaysia tempoh hari.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menoleh ke belakang dan mahu segera fokus kepada kejohanan berikutnya iaitu Piala AFF pada November ini.

Advertisements

“Ini sudah pasti menjadi cabaran buat Malaysia dan mahu layak ke Piala Asia kali kedua berturut-turut.

“Harapnya semua pihak yang terlibat dapat memberikan sokongan dan bantuan terbaik kepada skuad kebangsaan. Kita perlu meletakkan usaha tambahan untuk layak,” jelasnya.

Advertisements

Malaysia juga akan mengadakan aksi Pestabola Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung pada bulan September atau Oktober ini.

News Comments Account