Kim Pan-gon Buka Mulut Tentang Kekalahan Berdepan Oman
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tampil membuka mulut mengenai kekalahan skuad kendaliannya berdepan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.

Malaysia terpaksa menelan hakikat perit selepas tewas dua aksi berturut-turut kepada pasukan ke-77 dunia itu sekaligus menyebabkan peluang untuk mara ke pusingan berikutnya semakin sukar.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun memuji kesungguhan yang ditampilkan oleh anak buahnya berdepan lawan yang lebih hebat kedudukannya.

Advertisements

“Pertama sekali, kami mengharungi perlawanan yang cukup sengit. Maaf kerana tidak dapat membanggakan rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan padu yang diberikan di SNBJ.”

“Pemain mengharungi keadaan yang sukar ketika ini. Walau bagaimanapun, mereka telah memberikan yang terbaik, saya tidak boleh menafikannya. Pemain telah meletakkan usaha 120 peratus tetapi sukar dalam keadaan begini.”

Mengulas lanjut, beliau tidak mahu para pemain diberi tekanan dan dibebani dengan kekalahan ini sambil mengharapkan keajaiban berdepan dua lagi aksi berbaki.

Advertisements

“Sekiranya kamu mahu meletakkan kesalahan, hanya ada satu orang sahaja iaitu saya. Kita masih berharap keajaiban untuk layak kerana kita masih ada dua akai berbaki,” jelas Pan-gon selepas perlawanan.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara turun 6 tangga ke kedudukan 138 dunia berbanding 132 dunia sebelum aksi Mac berlangsung berdasarkan kemas kini ranking FIFA.

Harimau Malaya kini mengumpul 6 mata daripada 4 perlawanan sekaligus meletakkan pasukan di tangga ketika Kumpulan D.

Advertisements

Malaysia akan mengharungi dua aksi pada bulan Jun dengan misi untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram