Gugurkan 5 Pemain Senior, Kim Pan-gon Ada Alasan Kukuh
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menzahirkan keyakinan dengan skuad yang dipanggil namun berkongsi sebab menggugurkan 5 pemain senior berdepan Oman.

Harimau Malaya melalui kempen yang cukup baik di Piala Asia 2023 apabila menamatkan saingan dengan memperoleh satu mata.

Skuad kebangsaan juga berjaya melakar kejutan untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menzahirkan kesiapsiagaan untuk membantu skuad negara mengharungi sambungan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Beliau juga optimis untuk memastikan anak buahnya memberikan yang terbaik berdepan Oman nanti.

Advertisements

“Kita (Malaysia) perlu mencari cara terbaik. Lawan kita bukan calang-calang, mereka merupakan pasukan pertama (paling kuat) daripada 4 pasukan dalam kumpulan.”

“Kita perlu melakukan yang terbaik untuk menentang mereka, kerana perlawanan ini penting untuk mendapatkan.”

Advertisements

Ketika ditanya tentang pemilihan pemain berdepan Oman, beliau sememangnya sudah ada perancangan tersendiri.

“Panggilan kali ini menilai daripada aksi di Piala Asia. Pemain yang dipilih adalah mengikut penilaian taktikal dan teknikal yang perlu dilaksanakan ketika bertemu Oman.”

Advertisements

“Ini juga termasuk beberapa pemain muda untuk memberi peluang berlatih bersama pasukan senior. Selain itu, ia dapat mewujudkan persaingan dalam kumpulan ini sebelum 15 Mac 2024,” ujar Pan-gon di Wisma FAM.

Senarai 33 pemain ini akan dikurangkan kepada 25 pemain sahaja dengan beberapa pemain akan dilepaskan ke kem latihan skuad b-23 negara.

Sebelum ini, Malaysia telah mencatatkan kemenangan dalam dua aksi awal menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.

Harimau Malaya kini menghuni tangga ke-132 dunia dengan 1110.17 mata dan menjadi pasukan ke-3 Asia Tenggara di belakang Thailand (101 dunia) dan Vietnam (105 dunia).

Kemenangan menentang Oman tambahan +17.02 mata untuk melonjak ke tangga 129 dunia dengan 1127.19 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram