Advertisement
Kim Pan-gon Sasar Satu Mata Menentang Oman
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kekal optimis terhadap peluang Malaysia dalam meraih mata berharga menentang Oman kelak.

Malaysia akan bertandang ke Oman terlebih dahulu untuk aksi ketiga Kumpulan D pada 22 Mac ini sebelum sekali lagi melawan Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac kelak.

Kim Pan-gon mengakui Oman bukanlah lawan yang harus dipandang rendah memandangkan pasukan tersebut berada dalam kelompok ranking 100 teratas dunia ketika ini.

“Kami harus dapatkan mata. Aksi yang sukar kerana pasukan ranking 132 menentang pasukan ranking 80.”

“Termasuk aksi disana kerana terdapat perbezaan masa. Kami kesuntukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan di Oman kelak kerana kami tidak akan pergi terlalu awal ke Oman dan hanya mempunyai beberapa hari untuk persediaan sebelum perlawanan.”

“Ini akan menjadi aksi yang sukar. Jika kita ingin layakkan diri ke peringkat seterusnya, kita sekurang-kurangnya harus meraih 1 mata. Kita akan cuba dapatkan 1 mata tersebut.” ujar Kim Pan-gon dalam sesi sidang media di Wisma FAM.

Perbezaan tempat serta zon masa akan menjadi salah satu cabaran Malaysia apabila turun bertemu Oman kelak di Stadium Sultan Qaboos menurut Kim Pan-gon.

Malaysia ketika ini berada ditangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul 6 mata dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 setelah berjaya menewaskan Kyrgyzstan dan Taiwan sebelum ini.