Advertising
Malaysia Atur Aksi Pemanas Badan Berdepan Nepal
MakanBola
AzriHaziq / MakanBola
Sponsors

Skuad kebangsaan negara akan berdepan satu aksi persahabatan tertutup tidak lama lagi.

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon pada sesi latihan pertama Harimau Malaya menyatakan bahawa skuad negara bakal mengadakan satu aksi persahabatan berdepan Nepal.

Ad

Perlawanan itu sebagai persediaan Malaysia sebelum mengharungi aksi sebenar berdepan Oman untuk kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Ad

“Kita akan beraksi menentang Nepal dalam satu aksi persahabatan tertutup pada 15 Mac kelak sebelum beraksi menentang Oman,” ujar Kim Pan-gon.

Bagi perlawanan ketiga saingan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan D, Malaysia dijadual berdepan Oman pada Khamis, 21 Mac 2024 di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat.

Ad

Selepas itu, Harimau Malaya akan terbang pulang ke Malaysia untuk aksi keempat juga bertemu Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, 26 Mac 2024.

Ad