Kim Pan-gon Cadang Malaysia Ikut Langkah Indonesia
MakanBola
FA Malaysia/PSSI
Sponsors

Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mencadangkan agar Malaysia mula mengikuti jejak langkah Indonesia.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu melihat cara Indonesia yang mencari pemain warisan di Eropah sebagai antara langkah terbaik buat masa ini.

Ad
Sponsors

Beliau yang ketika sesi sidang media pasca perlawanan menentang Chinese Taipei mengulas bahawa perkembangan bola sepak di Malaysia kini masih jauh ketinggalan dan tidak boleh hanya mengharapkan tindakannya bersendirian.

Ad

”Realitinya (bola sepak) di Malaysia, saya dapat lihat situasi agak sukar tetapi saya juga tidak tahu bagaimana mahu memperbaikinya kerana banyak perkara perlu diambil kira di sini,” katanya kepada pihak media selepas perlawanan.

Tambahnya lagi, beliau tidak mahu membandingkan sistem yang terdapat di Korea Selatan mahupun Jepun, namun Pan-gon melihat sistem pembangunan bakat muda yang efektif sangat penting bagi membentuk pemain terbaik saban tahun.

Ad

“Kita tidak boleh bandingkan dengan Korea Selatan atau Jepun kerana mereka mempunyai sistem yang sangat bagus, saya rasa kita perlu semak dan memperbaiki sistem kita untuk melahirkan bakat-bakat muda. Amat penting untuk melahirkan pemain-pemain muda terbaik setiap tahun.”

Ad

Selain memperkemas sistem pembangunan bakat muda, Pan-gon sendiri melihat usaha negara jiran, Indonesia yang giat mencari pemain warisan di sekitar Eropah sebagai alternatif terbaik yang mungkin boleh digunakan di Malaysia.

Ad

”Usaha lain mungkin kita boleh mengikuti (cara) jurulatih Indonesia yang terbang ke Eropah untuk mencari pemain kacukan atau warisan, tapi bagi saya keperluan utama adalah sistem pembangunan yang melahirkan pemain tempatan yang terbaik,”

”Selepas itu, barulah usaha seterusnya dengan strategi untuk bersaing (dengan pasukan lain). Bagi saya, Indonesia akan menjadi pasukan terbaik tidak lama lagi dengan usaha yang mereka berikan tetapi Malaysia wajib mencabarnya.”

Indonesia kini sedang diperkuat dengan beberapa pemain warisan dari Eropah seperti Jay Idzes, Rafael Struick, Thom Haye dan terkini iaitu Calvin Verdonk untuk membawa cabaran Sang Garuda di pentas antarabangsa.

Hasil segera dapat dilihat apabila Indonesia yang dibimbing Shin Tae-yong berhasil melakar sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Asia Qatar Januari lalu selain skuad mudanya hampir melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris sebelum akur tewas dalam aksi play-off.

Terbaru, skuad Indonesia berjaya menempah tempat ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 setelah menamatkan aksi di peringkat kumpulan di tempat kedua dengan 12 mata termasuklah menumbangkan Filipina pada Selasa.

Sementara itu, skuad Harimau Malaya terpaksa akur dan melupakan hasrat untuk mara lebih jauh dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 setelah mengakhiri kempen di tangga ketiga meskipun berjaya memungut 10 mata daripada enam perlawanan.